76 tahanan mogok lapar dipindah ke hospital, Barghouti berhenti minum air

RAMALLAH, 16 Mei 2017 (PIC) — Pihak penjara Zionis memindahkan seramai 76 tahanan mogok lapar di penjara Ofer ke hospital lapangan, sehari selepas 36 tahahan dipindahkan dari penjara tersebut ke hospital lapangan di penjara Hadarim.

Kenyataan ketua Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan, Issa Qaraqe, menyebut bahawa tahanan Hafith Qandas dipindahkan ke Hospital Soraka apabila beliau mengalami pendarahan dalaman selepas menjalani pembedahan.

Issa turut mendedahkan bahawa pemimpin Fatah, Marwan al-Barghouti, telah berhenti minum air berikutan sikap pihak penjara yang enggan memenuhi tuntutan tahanan.

Daripada lebih 1,500 tahanan yang mengadakan mogok lapar sejak 17 April lalu, penjara Zionis setakat ini hanya membenarkan lawatan kepada 39 orang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts