77 Tercedera Dalam Pertempuran Di Tebing Barat

RAMALLAH, 27 Okt 2015 (Maan) — 143 penduduk Palestin tercedera dalam pertempuran di seluruh Tebing Barat.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Errab Foqoha, memberitahu bahawa tentera Zionis menembak dan mencederakan 22 orang dengan tembakan peluru hidup, manakala 50 yang lain ditembak dengan peluru getah. 61 orang mengalami sesak nafas dalam serangan gas pemedih mata dan 10 orang lagi cedera dipukul.

Kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin bagaimanapun menyebut bilangan mangsa yang lebih tinggi, di mana seramai 27 orang mengalami kecederaan akibat tembakan peluru hidup. 20 orang ditembak di Al-Khalil dan tujuh lagi di al-Bireh di utara Ramallah.

Menurut kementerian lagi, sekurang-kurangnya lapan orang ditembak dengan peluru getah di al-Khalil dan Ramallah, manakala seorang kanak-kanak cedera parah ditembak dengan peluru getah di bahagian kepala dalam kejadian di Telkarem.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts