AL-QUDS, 9 Nov 2016 (PIC) — Lapan pemuda Palestin cedera dalam pertempuran di bandar Abu Dis di timur al-Quds apabila pasukan polis Zionis menyerbu masuk bandar tersebut ketika pelajar sekolah sedang pulang ke rumah, dengan melepaskan tembakan bom pemedih mata dan peluru getah.
Kampus Universiti al-Quds turut menjadi sasaran serangan tentera, sehingga menyebabkan beberapa pelajar cedera sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.