RAMALLAH, 2 Nov 2015 (Maan) — Lapan penduduk Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup selepas upacara pengkebumian dua pemuda Palestin di perkampungan Qutna di barat laut Al-Quds.
Puluhan yang lain cedera ditembak dengan peluru getah dan gas pemedih mata dalam pertempuran yang tercetus sejurus lepas selesai pengkebumian Omar al-Faqeh dan Muhammad Nathmi Shamasneh. Ribuan penduduk berarak mengiringi jenazah untuk pengkebumian, yang telah diserahkan oleh pihak Zionis Ahad lalu.