8 diculik, 5 cedera ditembak di Nablus

NABLUS, 28 Ogos 2018 — Seramai lapan orang penduduk Palestin diculik dan lima yang lain cedera ditembak oleh tentera penjajah Zionis di wilayah Nablus, Tebing Barat, malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, lima orang cedera apabila tentera melepaskan tembakan ke arah penduduk yang membantah pencerobohan pendatang Yahudi ke kawasan Makam Yusuf. Dua daripada mangsa dikejarkan ke Hospital Rafidya di Nablus, seorang daripadanya dalam keadaan parah.

Puluhan peronda tentera Zionis menyerbu kawasan tersebut di awal pagi, sebelum ratusan pendatang Yahudi bersama Menteri Pembinaan Zionis, Yoav Galant, dibawa masuk untuk melakukan ritual di situ.

Tentera Zionis turut menyerbu kem pelarian Balata serta kejiranan Addaheyah dan memecah masuk serta menggeledah rumah-rumah penduduk.

Dalam kejadian lain, segerombolan pendatang Yahudi malam tadi menyerang sebuah rumah penduduk Palestin di bandar Urif, selatan Nablus, dan memusnahkan tingkap-tingkap rumah tersebut. Serangan yang sama turut berlaku di bandar Einabus yang bersebelahan.

(PIC, Alray, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts