RAMALLAH, 16 Nov 2015 (Maan) — Lapan penduduk Palestin tercedera ditembak oleh tentera Zionis dalam pertempuran yang tercetus selepas upacara pengkebumian dua pemuda Palestin yang dibunuh di kem pelarian Qalandia malam tadi.
Pertempuran sengit dilaporkan berlaku selama lebih 10 minit di sekatan Qalandia.
Selepas upacara pengkebumian, kumpulan pemuda Palestin berarak ke sekatan pemeriksaan. Tentera menyerang dengan tembakan dan para pemuda bertindak membaling batu ke arah mereka. Lapan orang cedera ditembak dengan peluru hidup dan seorang fotojurnalis ditahan oleh tentera.
Susulan kejadian itu, sekatan Qalandia yang menghubungkan Ramallah dan Jerusalem ditutup kedua-dua hala.
Malam tadi Ahmad Abu al-Aish, 28 tahun, dan Laith Ashraf Manasra, 20 tahun, ditembak mati apabila ratusan askar Zionis menyerang kem pelarian Qalandia untuk merobohkan rumah seorang penduduk yang dituduh menyerang tentera Zionis.
Dalam serangan tersebut, seorang lagi pemuda cedera ditembak dan kemudian ditahan oleh tentera ketika sedang dibawa di dalam sebuah ambulan.