BEIT LAHM, 10 Okt 2016 (Maan) — Seramai lapan orang kanak-kanak Palestin ditangkap dari kem pelairan Aida oleh pasukan polis Zionis berpakaian preman petang tadi.
Selepas pertempuran tercetus di antara pihak tentera penjajah dengan pemuda di kem tersebut, sekumpulan polis Zionis yang berpakaian seperti penduduk Palestin menyelinap masuk ke dalam kumpulan kanak-kanak dan menangkap mereka, yang semuanya berumur di bawah 15 tahun.
Semua mangsa dibawa ke lokasi yang tidak dikenal pasti.