8 pemuda Palestin ditangkap di Tebing Barat dan al-Quds

AL-KHALIL, 12 Jan 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap lapan pemuda Palestin dalam operasi mencari dan menangkap di beberapa wilayah Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.

Seorang kanak-kanak ditangkap di al-Quds atas tuduhan membaling batu. Dua pemuda ditembak dan kemudian ditangkap selepas diperangkap oleh polis berpakaian preman di Jabal as-Suwwanah, tenggara al-Quds.

Di al-Khalil, tentera penjajah memasang sekatan jalan dan memecah masuk beberapa buah rumah penduduk, kemudian menangkap empat pemuda termasuk seorang remaja berumur 16 tahun. Tentera Zionis juga mendakwa telah menjumpai sebuah bengkel membuat senjata di Kota al-Khalil.

Tangkapan juga berlaku di Nablus dan Beit Lahm.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts