8 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 29 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin dari rumah mereka di Tebing Barat malam tadi.

Seramai empat pemuda telah diculik oleh tentera Zionis dari Kobar di Ramallah, di mana sebuah kereta dan sebuah motorsikal turut dirampas. Pertempuran tercetus di laluan masuk ke bandar Birzeit di Ramallah ketika pasukan tentera berundur dari Kobar.

Di Beit Lahm, tiga pemuda diculik ketika tentera menyerang bandar al-Khader.

Menurut kenyataan pihak tentera, mereka turut merampas sepucuk senjata di al-Khalil dan merampas sejumlah wang di perkampungan Kobar, Ramallah.

Berikut adalah senarai mangsa:

  1. Yahia Mahmoud Amriyya – Kobar, Ramallah.
  2. Qais Mohammad Barghouthi – Kobar, Ramallah.
  3. Milad Barghouthi – Kobar, Ramallah.
  4. Mahmoud al-Qattawi – Kobar, Ramallah.
  5. Mohammad Tawafsha, Sinjil, Ramallah.
  6. Mohammad Ibrahim Salah – al-Khader, Beit Lahm.
  7. Ahmad Mohammad Salah – al-Khader, Beit Lahm.
  8. Mohammad Mamdouh Salah – al-Khader, Beit Lahm.

(PIC, IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts