BEIT LAHM, 2 Apr 2017 (Maan) — Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin, termasuk empat bekas tahanan, ditangkap oleh tentera Zionis di selatan Tebing Barat malam tadi.
Tiga daripada mereka ditangkap dari bandar Beit Ummar di utara al-Khalil selepas sekumpulan besar tentera menyerbu bandar tersebut dan menggeledah rumah penduduk.
Di wilayah Beit Lahm, dua pemuda ditangkap dri Beit Suhour dan Beit Fajjar.



