RAMALLAH, 27 Nov 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin diculik dalam operasi tentera Zionis di seluruh wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.
Tentera Zionis mendakwa enam daripada mangsa sebagai aktivis anti-penjajahan iaitu tiga pemuda dari Jenin, dua dari Beit Lahm dan dua dari al-Khalil termasuk seorang anggota Hamas.
Tiga kenderaan peronda tentera Zionis menyerbu masuk bandar Beit Furik di timur Nablus pada jam 3:15 pagi dan mengepung rumah almarhum Jameel Khatatbeh sebelum menculik anaknya Mohamed, 29, dan dilarikan ke tempat yang tidak diketahui.
Tentera Zionis turut menyerang masuk kem pelarian al-Fawar di barat daya al-Khalil dan memecah pintu pagar bangunan kedai milik keluarga an-Najar sebelum menculik bekas tahanan Mohamed Mustafa al-Najar serta menggeledah rumahnya.
Di utara Jenin, tentera menyerbu masuk kawasan timur bandar Bertaa sebanyak dua kali dan menculik Sami Ahmad a-Haj Sa’id selepas menggeledah rumahnya. Beberapa jam terdahulu, lima penduduk Palestin ditangkap dari bandar tersebut.