8 termasuk paramedik cedera ditembak, 7 diculik

BEIT LAHM, 27 Jun 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya tujuh pemuda Palestin dalam tiga operasi di Tebing Barat malam tadi.

Dalam serangan di kem pelarian al-Duheisha di selatan Beit Lahm, sekurang-kurangnya lapan pemuda Palestin cedera, termasuk enam orang yang ditembak dengan peluru hidup. Seorang paramedik yang sedang merawat mangsa, Alaa al-Bal’awi, turut cedera ditembak di bahagian kaki sebelum tentera memecah masuk rumah keluarganya, menyerang bapa beliau dan menculik adiknya Shahrayar.

Seorang lagi pemuda cedera dilanggar oleh sebuah kenderaan tentera Zionis.

Pada masa yang sama, tiga pemuda Palestin turut diculik setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumah mereka di bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil. Meraka adalah Muhye Falah Hamdi Abu Maria, 21, Wajih Fathi Younis Sabarneh, 18, dan Rashed Bashar Issa Zaaqiq, 17. Dalam kejadian tersebut, ramai penduduk mengalami sesak nafas apabila tentera Zionis menyerang rumah-rumah dengan tembakan gas pemedih mata.

Di bandar Abu Dis di wilayah al-Quds, tentera Zionis menculik bekas tahanan Mahmoud Nafeth Jaffal, 22, dan Muhammad Ziad Jaffal, 18. Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru getah, grenad pelali dan gas pemedih mata sebelum beredar ke sebuah pos tentera berdekatan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts