80% kilang di Gaza terpaksa henti operasi

GAZA, 7 Julai 2018 — Rejim Zionis masih menghalang sepenuhnya kemasukan bahan mentah ke Gaza, menyebabkan 80% daripada kilang-kilang terpaksa menghentikan operasi.

Pintu lintasan komersial Karam Abu Salem di sempadan Gaza ditutup sejak 27 lalu, di mana kira-kira 3,000 lori tidak dibenarkan melintas sehingga mengancam barangan rosak dan kerugian besar.

Rejim Zionis mengharamkan hampir 1,000 jenis bahan asas serta barangan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza, sekaligus mencabul undang-undang antarabangsa dan perjanjian mereka dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Antara barang-barang yang dilarang masuk adalah kelengkapan sekolah, peralatan perubatan, basikal kanak-kanak, bahkan juga baju pengantin, alat solek dan botol susu bayi.

Seluruh wilayah Gaza dikepung sejak tahun 2006.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts