80 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 23 Julai 2017 — Sekitar 80 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis.

Mereka berarak secara provokatif sambil mendengar syarahan tentang sejarah Kuil Yahudi, di samping cuba melakukan ritual Talmud di kawasan sebelah timur tapak suci umat Islam itu.

Keadaan masih tegang di sekitar Masjid al-Aqsa apabila polis Zionis memaksa para jemaah melalui alat pengesan logam sekiranya ingin masuk ke dalam masjid suci itu. (PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts