80% penduduk al-Quds hidup di bawah paras kemiskinan

AL-QUDS, 22 Jun 2016 (PIC) — Satu laporan yang diterbitkan oleh Institut al-Quds bagi Kajian Israel menunjukkan peningkatan kadar kemiskinan yang sangat ketara di kalangan penduduk Palestin di al-Quds, di mana 82% daripada mereka hidup di bawah paras kemiskinan.

Sekitar 300,000 penduduk Palestin tinggal di kota suci itu.

Antara lain, keadaan ekonomi mereka merosot akibat pembinaan Tembok Pemisah yang menyekat al-Quds dari seluruh wilayah Tebing Barat. Sekatan tembok tersebut memberi kesan kepada perniagaan mereka, yang bergantung kepada pelanggan dari Tebing Barat, dan meningkatkan kos sara hidup kerana barangan dari Tebing barat menjadi semakin mahal.

Sekatan tentera sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada awal Oktober lalu juga menyukarkan usaha membawa masuk produk dari Tebing Barat, sekaligus menaikkan harga barangan.

Ramai penduduk Palestin yang layak mendapat bantuan kebajikan tidak menerima bantuan tersebut.

Tindakan pihak rejim menangkap penduduk di al-Quds Timur menyebabkan mereka dibuang kerja dan gagal mendapatkan pekerjaan baharu kerana mempunyai rekod polis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts