AL-QUDS, 28 Apr 2016 (PIC) — Pertubuhan hak asasi Unwan al-Amel semalam melaporkan bahawa 80% penduduk Palestin di al-Quds terpaksa bergelut dalam kemiskinan, di mana empat daripada lima orang hidup dengan pendapatan kurang dari US$2 sehari.
Kajian pertubuhan tersebut juga mendapati 85% kanak-kanak al-Quds berhadapan dengan keadaan sosio-ekonomi yang begitu parah.
Polisi perkauman yang diamalkan oleh rejim Zionis dengan memisahkan penduduk al-Quds dari Tebing Barat, menyekat pergerakan mereka, serta melakukan serangan berbaur perkauman ke atas pekerja Palestin mengeruhkan lagi keadaan.