80 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 14 Ogos 2018 — Gerombolan 80 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan diiring oleh pasukan polis Zionis.

Polis Zionis membuka Pintu al-Magharebah dan mengerah anggotanya ke seluruh perkarangan masjid di awal pagi, bagi memastikan keselamatan para penceroboh.

Seramai 57 pendatang Yahudi berarak di atas tapak suci umat Islam itu dan melakukan ritual Talmud di kawasan Pintu al-Rahma. Pada masa yang sama, seramai 23 pelajar agama Yahudi juga menceroboh masuk.

Sementara itu, polis Zionis mengarahkan dua orang pengawal Masjid al-Aqsa hadir ke pusat tahanan al-Qashla kerana membantah tindakan pegawai-pegawai polis Zionis memukul seorang remaja perempuan Palestin yang ditahan di tapak suci itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts