81 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 16 Julai 2018 — Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis melaporkan bahawa seramai 81 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi, di mana mereka berarak sambil melakukan ritual Talmud dan mendengar syarahan tentang apa yang mereka dakwa sebagai Kuil Sulaiman.

Ketegangan tercetus apabila penjaga-penjaga masjid cuba menghalang kumpulan pegawai perisik Zionis menceroboh masuk.

Pasukan polis Zionis bagaimanapun berjaya mengawal dan mengiring para penceroboh sehingga mereka beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

(PIC, IMEMC, Alray)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts