84 wanita Palestin ditangkap sejak 6 bulan lalu

NABLUS, 12 Julai 2017 (PIC) — Laporan Pusat Kajian Tahanan Palestin menunjukkan seramai 84 orang wanita dan kanak-kanak perempuan Palestin telah ditangkap oleh tentera Zionis sejak awal tahun 2017.

Beberapa orang mangsa ditahan, atau ditembak sebelum ditangkap, hanya dengan mengesyaki mereka akan menyerang tentera Zionis atau pendatang Yahudi.

Seramai sembilan daripada mereka adalah kanak-kanak perempuan, termasuk Hadil al-Rajabi, 12, yang ditangkap setelah hadir untuk disoal siasat di pusat tahanan al-Mascoubiya.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa Aya Amr, 14, turut diculik atas tuduhan cuba menikam askar Zionis di sekatan Qalandiya, manakala Malek al-Ghalidh, 14, dipukul teruk sebelum ditahan.

Dua beradik dari Gaza turut ditangkap di pintu sempadan Beit Hanoun ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah hospital di Tebing Barat. Salah seorang daripada mereka menghidap sakit barah.

Beberapa orang wanita dan kanak-kanak perempuan ditangkap selepas cedera ditembak oleh tentera Zionis, termasuk Takwa Hamad, 17, dan Asia al-Ka’bana, 39. Kedua-duanya berasal dari Ramallah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts