85 pelampau Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 14 Mei 2018 — Pasukan keselamatan khas mengiringi 38 pendatang Yahudi, 12 anggota tentera dan 35 anggota polis Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka di bawa masuk melalui Pintu al-Maghareba, kemudian berarak secara provokatif dengan melakukan ritual Talmud di atas tapak suci umat Islam itu.

Semalam seramai 1,620 orang Yahudi menceroboh masuk al-Aqsa bagi merayakan “Hari Penyatuan Baitulmaqdis”, sekaligus mencatatkan jumlah pencerobohan terbesar sejak rejim Zionis menduduki Baitulmaqdis Timur pada tahun 1967.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts