88 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 14 Sep 2017 — Polis Zionis mengiringi 88 pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak sambil melakukan ritual di perkarangan Masjid al-Aqsa selama empat jam pagi tadi.

Pada masa yang sama pasukan polis mengekang para jemaah dengan mengenakan pemeriksaan ketat serta merampas kad pengenalan mereka di pintu-pintu masuk masjid.

Sepanjang bulan Ogos lalu, seramai 3,647 Yahudi termasuk 20 pegawai perisikan dan 14 orang anggota polis Zionis telah menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts