9 Aktivis Perancis di Tangkap Ketika Protes Terhadap Israel di Utara BaitulMuqaddis

RAMALLAH, 27 Disember – Pasukan tentera Israel yang beroperasi di pos pemeriksaan tentera Qalandia, utara Baitulmuqaddis telah menangkap sembilan penunjuk perasaan dari Perancis dan beberapa lagi yang lain di pos pemeriksaan pada Ahad (26/12).

Kesembilan tahanan itu mengambil bahagian dalam protes di pos pemeriksaan tersebut bagi tujuan menyatakan sokongan mereka kepada rakyat Palestin dan penolakan mereka atas penutupan Baitulmuqaddis oleh kerajaan Israel.

Protes bermula sekitar 9.30 pagi Ahad  di mana lebih dari 100 peserta protes dari  Palestin dan antarabangsa berusaha untuk memasuki Baitulmuqaddis tanpa izin dari tentera Israel.

Saksi yang melihat kejadian melaporkan kepada sebuah media berita bahawa pasukan Israel telah menyerang para demonstran dan memukul mereka dengan kayu pemukul dan hujung senapang mereka sehingga menyebabkan kecederaan terhadap  beberapa orang para aktivis, termasuk mereka yang ditangkap.

Sebahagian besar para demonstran adalah merupakan delegasi dari  Perancis yang datang sejak seminggu lalu. Mereka telah menjalinkan koordinasi dengan sejumlah organisasi tempatan dan secara langsung terlibat dalam aktiviti protes terhadap Israel, di Beit Sahour dan Betlehem. (imc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts