9 keluarga dipaksa tinggalkan rumah mereka untuk latihan tentera

TUBAS, 13 Nov 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis semalam memaksa sembilan keluarga Palestin di kawasan Khirbet al-Ras al-Ahmar di wilayah Tubas di Lembah Jordan meninggalkan rumah mereka bagi memberi laluan kepada tentera menjalankan latihan di situ.

Semua keluarga terbait diarah mengosongkan rumah mereka dari tengahari Ahad sehingga petang Isnin.

Kurang dua minggu lalu, sebahagian daripada keluarga terbabit dihalau keluar selama lebih 24 jam atas alasan yang sama.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts