9 lagi Warga Palestin Ditangkap Tentera Israel

HEBRON, 17 Disember – Tentera Israel pada malam Rabu (15/12) telah menangkap 9 warga Palestin dari wilayah Hebron dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui, demikian laporan berita Ma’an dan PNN melaporkan.

Dalam sebuah kenyataan, pasukan tentera Israel mengatakan bahawa 9 yang di tahan adalah “suspek keganasan,” yang terlibat dengan persenjataan,di mana selaras senapang ditemui di salah satu sebuah rumah mereka. Mereka kini di tahan tetapi tidak dimaklumkan lokasi tahanan mereka.
Menurut sumber-sumber keselamatan Palestin, penahanan berlaku di bandar Adh-Dhahiriya, antara yang ditangkap ialah Nidal al-Qayaseh, 21 tahun, dan Mustapha Al-Qayaseh, 19, serta di bandar utara Dura, tentera Israem menangkap saudara-Syams dan Nur al-Awawdeh, Muhammad Amro, Shadi al-Rujoub, Ammar Rab’i dan Yousef al-Awawdeh, yang mana menurut media PNN, kesemua mereka bekerja untuk Mahkamah Betlehem.

Media PNN juga melaporkan bahawa tentera Israel telah ditempatkan berhampiran Masjid Ibrahimi di Hebron dan menahan seorang wanita Palestin berusia 31 tahun. Wanita tersebut merupakan isteri kepada Ramya Hasan Abu Samira, dari Amjad Abu Samira, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara tentera Israel.

Tindakan tentera Israel tersebut dikecam oleh Gabenor Hebron, Kamil Hamid. (pnn/mna/imc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts