9 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

BEIT LAHM, 27 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis malam tadi menculik sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak dari Beit Lahm dan Ramallah di Tebing Barat, atas tuduhan terlibat dalam aktiviti anti penjajahan.

Pertempuran tercetus di kem pelarian al-Deheisheh di wilayah Beit Lahm, di mana tiga penduduk diculik. Mereka adalah Saed Abu Hadroos, Shadi Abu Hadroos, dan Muhammad Jalal Abu Hadroos.

Manakala di Ramallah, enam penduduk diculik iaitu Muhammad Ali Ahmad Ali, 15, Anas Majed Abed al-Hafeth, 16, Muataz Salah al-Khuwaja, Muhammad Salah al-Khuwaja, Muhammad Hatem al-Khuwaja, dan Ibrahim Srour.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,500 penduduk Palestin dikurung dalam penjara Zionis. Seramai 230 orang daripadanya adalah kanak-kanak, termasuk 41 orang di bawah umur 16 tahun.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts