9 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 3 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin dari beberapa daerah di Tebing Barat, atas dakwaan teribat dalam operasi-operasi pembebasan.

Dua beradik Ghassan dan Anas Tahayna diculik di lintasan al-Karama di sempadan Tebing Barat-Jordan. Mereka disekat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jenin, dan diinterogasi selama beberapa jam sebelum dilarikan ke lokasi rahsia.

Tentera Zionis juga menyerbu bandar-bandar Tuqu’ dan al-Khader di Beit Lahm, memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk serta menculik tiga remaja, termasuk seorang bekas tahanan.

Di Tulkarem, tentera Zionis menculik Mohammed Mousa. Manakala di bandar Azzun di daerah Qalqilya, tentera Zionis menculik Adel Huseein selepas memecah masuk dan menggeledah rumah keluarganya serta menyerang ibu dan bapanya.

Pertempuran tercetus selepas pasukan tentera menggempur kota Ramallah sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk.

Video di bawah menunjukkan tentera Zionis secara ganas menangkap pemandu bas Palestin, Nidal Asfour, berdekatan Pintu al-Maghreba di Kota Lama Baitulmaqdis tengahari tadi. Beliau diherdik dan dipukul berkali-kali sebelum dilarikan ke lokasi rahsia.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts