9 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 26 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin dari beberapa daerah di Tebing Barat sejak malam hingga pagi tadi.

Pasukan khas tentera Zionis menggempur kampus Universiti Birzeit di Ramallah, dan menculik tiga siswa iaitu Tawfiq Abu Arqoub, Hamza Abu Qara, Uday Nakhla.

Sementara di Baitulmaqdis, tentera memecah masuk rumah-rumah penduduk di bandar Hizma dan menculik remaja Mahmoud Salahuddin bersama seorang lagi penduduk. Dua yang lain, iaitu Abul-Ezz Rabea dan Abu Mishaal Rabea diculik dari bandar Abu Dis di timur Baitulmaqdis.

Di al-Khalil, tentera Zionis menculik Amer al-Ajlouni dari rumahnya.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar Sebastia di Nablus dan mengarahkan aktivis Qutaiba Azem hadir ke pusat interogasi Shin Bet.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts