9 penduduk Palestin diculik

TULKAREM, 7 Jun 2016 (PIC) — Tentera yang berkawal di pintu laluan masuk utara Tulkarem menghentikan dan menculik empat pemuda ketika dalam perjalanan ke tempat kerja berdekatan kawasan tembok pemisah Zionis pagi tadi.

Manakala empat yang lain diculik di rumah mereka setelah pihak tentera menyerang masuk bandar Surif di barat al-Khalil. Operasi mencari dan menangkap dilakukan secara besar-besaran di bandar Surif dua hari lalu, di mana beberapa orang pemuda telah ditangkap.

Seorang lagi pemuda ditangkap di rumahnya di bandar Beit Fujar di selatan Beit Lahm. Tangkapan tersebut telah mencetuskan pertempuran sengit di antara tentera dan penduduk.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts