9 penduduk Palestin termasuk 5 bekas tahanan diculik

RAMALLAH, 12 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sembilan penduduk Palestin termasuk lima bekas tahanan dari beberapa kawasan di Tebing Barat malam tadi.

Bekas tahanan Mazen Mohammad Abu Khdeir diculik dari wilayah Beit Lahm di selatan Tebing Barat. Manakala Muhammad al-Hilou, juga seorang bekas tahanan, diculik dari Baitulmaqdis.

Sementara di Ramallah, empat penduduk diculik iaitu Othman Mahmoud Othman, serta bekas-bekas tahanan Haitham Siyaj, Hassan Karajeh dan Said al-Idrisi.

Di kota Jericho pula, tiga orang penduduk dari Baitulmaqdis diculik iaitu Montaser Sa’id Gheith, Yousef Emad al-Shamali dan Suleiman Muhammad Batta.

Berikut adalah senarai mangsa-mangsa yang diculik:

  1. Mazen Mohammad Abu Khdeir, kem pelarian Aida, Beit Lahm.
  2. Othman Mahmoud Othman, Beit ‘Or at-Tihta, Ramallah.
  3. Haitham Siyaj, Ramallah.
  4. Hassan Karajeh, Ramallah.
  5. Saif al-Idrisi, Ramallah.
  6. Mohammad al-Hilou, Baitulmaqdis.
  7. Montaser Sa’id Gheith, Jericho.
  8. Yousef Emad al-Shamali, Jericho.
  9. Suleiman Mohammad Batta, Jericho.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,781 penduduk Palestin kini sedang merengkok dalam penjara-penjara Zionis.

(Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts