9 penduduk Palestin termasuk Ahli Parlimen diculik

RAMALLAH, 12 Apr 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di bandar al-Bireh di timur laut Ramallah, tentera Zionis menculik Ahli Parlimen yang dibuang daerah dari al-Quds, Ahmad Attun, dan jurucakap Hamas, Fayez Abu Wardeh, setelah memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Di al-Khalil, Hazem Khalid Khallaf, 24, diculik selepas tentera menyerbu masuk rumah beliau di bandar Dura atas tuduhan menjadi penggerak Hamas. Manakala pelajar universiti Mutasem Samer Issa Brighith, 20, ditahan di sekatan tentera al-Jaba di daerah Beit Lahm. Dua yang lain turut ditahan di Beit Lahm, termasuk seorang kanak-kanak 15 tahun.

 

Ahmad Attun
Fayez Abu Wardeh
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts