9 penduduk selatan Tebing Barat ditangkap, termasuk bekas menteri

AL-KHALIL, 15 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin di Tebing Barat malam tadi, termasuk bekas menteri Issa al-Jabari.

Issa yang pernah merengkuk dalam penjara Zionis selama 10 tahun ditangkap selepas tentera memecah masuk dan menggeledah rumahnya di kota al-Khalil. Sebuah kereta beliau turut dirampas.

Dua yang lain juga ditangkap di kota al-Khalil, seorang dari bandar Beit Ummar, seorang lagi dari bandar Jayyous di Qalqilya dan tiga lagi dari bandar Nahalin di barat Beit Lahm.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts