90% Penduduk Gaza Hidup Di Bawah Paras Kemiskinan

povertyGAZA, 19 Okt 2014 (UNDPI) — 90 peratus penduduk Gaza kini hidup di bawah paras kemiskinian apabila meningkatnya kadar pengangguran akibat sekatan berterusan sejak 2006. Kemiskinan dilaporkan meningkat secara drastik selepas serangan tentera Zionis selama 51 hari ke atas penduduk Gaza.

Menurut kajian The Popular Committee for Facing the Siege on Gaza, “Hari ini, Gaza merekodkan kadar kemiskinan tertinggi sejak bermulanya sekatan pada tahun 2006.” Ratusan buah kilang dan kemudahan perdagangan telah dimusnahkan dalam serangan tersebut, sekaligus memberi kesan negatif kepada ekonomi Gaza. 60 peratus daripada perindustrian di Gaza telah musnah.

Rejim Zionis mengenakan sekatan secara haram ke atas penduduk Gaza apabila kerajaan Hamas telah dipilih secara demokratik pada bulan Januari 2006 untuk memimpin dan mentadbir wilayah seluas 360km persegi itu.

Kadar pengangguran di kalangan penduduk Gaza kini telah melepasi paras kawalan 65 peratus dan kadar pendapatan individu harian adalah kurang daripada US$1. Mengeruhkan lagi keadaan, 95 peratus daripada sumber air di Gaza tidak lagi boleh diminum dan air lautnya juga tercemar dengan 40 juta liter air kumbahan setiap hari akibat kekangan bekalan elektrik dan bahanapi.

Masyarakat antarabangsa harus memberi perhatian utama untuk menghentikan sekatan haram rejim Zinis dan sekutunya ke atas Gaza sebelum mencari jalan bagi membina semula ekonomi dan sosial wilayah tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts