92 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 4 Jun 2018 — Pasukan polis Zionis membuka laluan Pintu al-Maghareba pada jam 7:00 pagi tadi bagi mengiring gerombolan pusingan pertama pendatang Yahudi menceroboh tapak suci Masjid al-Aqsa.

Seramai 92 pendatang Yahudi menyertai pencerobohan tersebut, di mana mereka berarak di atas tapak suci itu selama empat jam.

Pada masa yang sama, polis Zionis menyekat para jemaah daripada memasuki al-Aqsa.

Mereka lazimnya membenarkan pendatang Yahudi menceroboh masuk sekali lagi dalam pusingan kedua, selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts