931 Warga Palestin Ditangkap di Al-Quds Dan Wilayah 1948

Naksa Day in JerusalemAL-QUDS, 25 Jul 2014 (IMEMC | PNN) — Tentera Zionis mendakwa mereka telah menangkap seramai 931 orang warga Palestin di al-Quds dan bandar-bandar lain dalam Wilayah 1948 dalam tempoh tiga minggu ini.

Kebanyakan daripada mereka ditangkap kerana menyertai perarakan bantahan terhadap rejim Zionis sejak berlakunya tragedi penculikan dan pembunuhan Muhammad Abu Khdeir oleh peneroka Yahudi.

Bantahan penduduk Palestin dijangka meningkat berikutan serangan zalim tentera Zionis ke atas penduduk Gaza.

Lebih 800,000 penduduk Palestin ditangkap sejak rejim Zionis menduduki bumi Palestin pada tahun 1967. Seramai lebih 5,000 masih ditahan dalam penjara Zionis, termasuk mereka di bawah tahanan pentadbiran. Tahanan pentadbiran membolehkan Zionis menahan penduduk Palestin tanpa sebarang pengadilan untuk tempoh yang tidak ditentukan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts