95 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 22 Jan 2019 — Pasukan polis Zionis mengiring 95 orang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Seramai 45 pendatang Yahudi menceroboh masuk dalam sesi awal pagi, berarak di perkarangan tapak suci sambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi yang kononnya pernah terbina di situ.

Manakala 50 pelajar dari berbagai institusi dan universiti keagamaan Yahudi turut menceroboh pasa masa yang sama.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis secara mencurigakan mengambil ukuran dan foto binaan-binaan di atas tapak suci.

Pendatang Yahudi mengadakan menceroboh masuk dan berarak secara provokatif di atas tapak suci umat Islam itu setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu, dalam dua sesi iaitu di awal pagi dan selepas waktu Zuhur.

Sementara itu, lima pengawal al-Aqsa dan seorang aktivis Baitulmaqdis diharamkan memasuki kawasan Masjid al-Aqsa dalam tempoh dari empat hingga enam bulan.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts