Sheikh Raed: Zionis ingin rampas tanah perkuburan bersejarah Al-Qassam

AL-QUDS, 27 Apr 2016 (PIP) — Ketua Gerakan Islam di wilayah Palestin 1946 yang terjajah, Sheikh Raed Salah, memberi amaran tentang perancangan rejim Zionis untuk merampas tanah perkuburan bersejarah al-Qassam.

Dalam kenyataan beliau semalam Sheikh Raed berkata, “Kebelakangan ini sebuah perusahaan Zionis secara keji mendakwa mereka adalah pemilik tanah perkuburan al-Qassam, dengan bersandarkan kepada keputusan yang tidak jelas dan dibuat-buat, yang kononnya mereka perolehi sejak 15 tahun dahulu.”

Perusahan tersebut meminta penjaga perkuburan al-Qassam supaya menggali dan memindahkan tulang-belulang, kemudian menyerahkan tanah tersebut kepada mereka.

Sheikh Raed memberi amaran, “Kami katakan kepada perusahan ini, kamu tidak mempunyai apa-apa hak ke atas barang sebutir pun tanah dari perkuburan al-Qassam, tidak juga batu dari makam-makamnya, kerana tanah perkuburan tersebut adalah wakaf Islam sehingga hari kiamat.”

Sheikh Raed mengungkap bahawa perkuburan al-Qassam akan tetap menjadi akar peradaban, sejarah dan kenangan rakyat Palestin. Ia akan tetap menjadi petunjuk kepada perjuangan rakyat Palestin. Rakyat Palestin akan tetap cekal berjuang mempertahankannya dari kejahatan orang-orang yang banyak berdusta dan berdosa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts