[Foto] Jenazah 2 pemuda al-Quds selamat dikebumikan setelah ditahan lebih 7 bulan

AL-QUDS, 24 Mei 2016 (Maan) — Pihak berkuasa Zionis lewat semalam menyerahkan dua jenazah pemuda Palestin yang mereka bunuh dan tahan sejak Oktober 2015.

Jenazah Hasan Manasra, 15, dan Alaa Abu Jamal, 32, diserahkan kepada keluarga mereka dalam keadaan sekatan keselamatan yang sangat ketat berdekatan tanah perkuburan di pintu al-Asbat. Hanya 40 orang ahli keluarga Manasra dibenarkan hadir di upacara pengkebumian. Keluarganya menyebut keadaan jenazah almarhum “sangat menyedihkan” tanpa memberi keterangan lanjut.

Dalam pada itu, jenazah Alaa dikebumikan pada jam 2:00 pagi di tanah perkuburan Jabal al-Mukabbir dengan dikawal ketat oleh polis Zionis.

Keluarga Manasra dan Abu Jamal masing-masing dipaksa membayar wang deposit sebanyak 20,000 shekel (RM21,370) dan 40,000 shekel bagi memastikan mereka mematuhi syarat yang dikenakan pihak rejim penjajah.

Hasan ditembak mati pada 12 Oktober lalu oleh tentera Zionis apabila dituduh menikam Yahudi di kawasan penempatan haram Pisgat Zeev di al-Quds. Manakala Alaa dibunuh pada 13 Oktober setelah dituduh merempuh kenderannya ke sebuat perhentian bas di al-Quds.

Sekurang-kurangnya 10 jenazah penduduk Palestin yang dibunuh sejak Oktober lalu masih ditahan oleh rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts