Tentera Zionis tangkap bapa suspek pembunuh Yahudi

AL-KHALIL, 30 Jun 2016 (PIC) — Puluhan askar penjajah Zionis menyerang masuk bandar Bani Naim dan kemudian memecah masuk serta menggeledah rumah keluarga suspek pembunuh kanak-kanak Yahudi, Mohammed Tarayra, petang tadi.

Mohammed Tarayra ditembak mati selepas menikam seorang anak perempuan pendatang Yahudi di penempatan haram Kiryat Arba pagi tadi.

Ahli keluarga Tarayra disoal siasat sebelum bapanya Nasser Tarayra, 45, ditangkap dan diculik.

Seluruh bandar Bani Naim dikepung oleh tentera, di mana penduduk Palestin tidak dapat keluar atau masuk kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts