PA sekat pemindahan wang ke Gaza

RAMALLAH, 4 Julai 2016 (PIC) — Pihak berkuasa kewangan di Ramallah mengenakan sekatan ke atas pemindahan sebarang jumlah wang kepada individu di Gaza.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengeluarkan satu pekeliling yang mengarahkan bank-bank supaya tidak menerima permintaan untuk memindahkan sebarang jumlah wang kepada individu atau akaun bank sendiri di Gaza, kecuali dibuat melalui mereka yang mempunyai akaun di Tebing Barat. Dengan itu, bank harus memasukkan wang ke dalam akaun pengirim di Tebing Barat sebelum memindahkannya ke dalam akaun penerima di Gaza.

Langkah tersebut dilihat sebagai sekatan keselamatan terhadap semua wang yang dihantar ke Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts