LEMBAH JORDAN, 26 Okt 2016 (WAFA) — Tentera Zionis memaksa 13 keluarga Badwi di perkampungan Khirbet Ras al-Ahmar di utara Lembah Jordan meninggalkan rumah mereka bagi membari laluan kepada latihan tentera di kawasan tersebut.
Sembilan keluarga terbabit diarah supaya meninggalkan rumah mereka selama dua hari bermula jam 4:00 petang 1 November nanti.
Tentera Zionis sering menjalankan latihan di kawasan perkampungan Badwi Palestin. Penduduk Palestin percaya bahawa latihan tersebut bertujuan untuk mengosongkan kawasan terbabit bagi meluaskan pembinaan penempatan haram Yahudi.