Remaja perempuan ditembak kerana disyaki cuba merempuh tentera Zionis

AL-KHALIL, 15 Mac 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis melepaskan tembakan ke arah remaja Palestin Fatima Jibrin Taqatqa, 16, apabila mengesyaki beliau cuba merempuh sekumpulan askar di sekatan tentera berdekatan kawasan penemapatan haram Gush Etzion di utara kota al-Khalil.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin dihalang mendekati mangsa untuk membantu remaja perempuan yang berasal dari bandar Beit Fajjar di selatan Beit Lahm itu.

Tentera Zionis kemudian menutup semua laluan masuk ke Beit Fajjar dan menangkap pemuda Amjad Taqatqa di laluan masuk uatama ke bandar tersebut.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kenderaan yang dipandu Fatima hilang kawalan dan melanggar sekatan jalan bedekatan sebuah hentian bas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts