Barghouthi dibicara oleh mahkamah Amerika melalui sidang video

AL-QUDS, 17 Mei 2017 (PIC) — Tahanan Palestin Abdullah al-Barghouthi beberapa hari lalu disoal oleh sebuah mahkamah Amerika melalui sidang media atas tuduhan bertanggungjawab ke atas kematian seorang rakyat Amerika ketika Intifadah al-Aqsa.

Abdullah dibawa dari di penjara Gilbao ke sebuah mahkamah di al-Quds untuk sesi perbicaraan tersebut, di mana beliau telah disoal selama lebih empat jam. Bagaimanapun sesi perbicaraan ditangguhkan kerana beliau enggan mengiktiraf mahkamah tersebut dan menolak tuduhan ke atasnya. Beliau dipukul dengan teruk selepas sesi perbicaraan kerana enggan menjawab soalan, dan kemudiannya dihantar semula ke dalam kurungan berseorangan di penjara Gilbao.

Pemimpin Briged al-Qasaam itu ditangkap pada 5 Mac 2003. Beliau telah merengkok dalam penjara selama 14 tahun apabila dijatuhkan hukuman 67 kali penjara seumur hidup. Beliau dikurung secara berseorangan selama beberapa tahun dan pernah melancar mogok lapar yang terlarutan sehingga 80 hari. Abdullah dituduh merancang beberapa operasi serangan ke atas penjajah Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts