Rejim Zionis adakan mesyuarat di bawah tanah Masjid al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 28 Mei 2017 (PIC) — Pemimpin rejim Zionis mengadakan sesi mesyuarat mingguan mereka di dalam sebuah terowong bawah tanah berdekatan Tembok Buraq sebagai menandakan ulang tahun ke-50 penjajah kota suci Islam Baitul Maqdis.

Benjamin Netanyahu melalui laman Twitter menyebut, “Mesyuarat mingguan kerajaan hari ini di dalam sebuah terowong di bawah Tembok Barat (Tembok al-Buraq) dan kita telah membuat beberapa keputusan yang akan mengukuhkan lagi Jerusalem, ibu kota kita.”

Mesyuarat tersebut telah meluluskan beberapa projek Yahudisasi melibatkan perbelanjaan sebanyak 50 juta shekel, melibatkan pembinaan elevator bawah tanah dan laluan Yahudi ke Tembok Buraq. Laluan sejauh 1,400 meter itu akan dapat membawa 130,000 orang Yahudi menaiki keretapi laju dari stesen Jerusalem ke Tembok al-Buraq di Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts