QALQILIYA, 7 Julai 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis mencederakan enam orang penduduk Palestin dan seorang aktivis wanita dari Korea di perkampungan Kafr Qaddum, Qalqiliya, ketika mereka menyertai pehimpunan aman meraikan ulang tahun keenam bantahan terhadap penjajahan Zionis yang diadakan setiap hari Jumaat.
Peserta perhimpunan ditembak dengan peluru getah, gas pemedih mata dan bom pelali, di mana seorang mangsa cedera di bahagian kepala dan aktivis wanita tersebut ditembak dengan peluru getah. Mereka dikejarkan ke Hospital Rafidia.