AL-QUDS, 9 Julai 2017 (Maan) — Seorang pengawal keselamatan Zionis menangkap seorang pemuda Palestin di stesen bas pusat di kota al-Quds atas tuduhan membawa sebilah pisau, sebelum menyerahkan beliau kepada pasukan polis tengahari semalam.
Sejak dua tahun lalu, puluhan penduduk Palestin ditangkap atas tuduhan membawa pisau dengan helah untuk membendung keganasan. Sedangkan penduduk Palestin dihasut dengan kekerasan pasukan keselamatan Zionis sejak mereka mula masuk menjajah bumi Palestin sejak setengah abad lalu.



