AL-QUDS, 16 Julai 2017 (PIC) — Ratusan jemaah serta ahli Jabatan Wakaf al-Quds mengerjakan solat Zuhur di hadapan Pintu al-Asbat di luar Masjid al-Aqsa, apabila mereka enggan memasuki tapak suci itu melalui alat pengesan logam yang dipasang oleh polis Zionis.
Mereka turut membantah tindakan polis Zionis itu secara aman, dengan melaungkan slogan “Ya al-Aqsa! Engkau adalah jiwa dan hidup kami.”