Jurnalis Yahudi: Netanyahu tidak akan mampu halang pemuda Palestin

AL-QUDS, 23 Julai 2017 — Seorang jurnalis kanan Yahudi menegaskan bahawa setiap orang Palestin di Tebing Barat mahupun Gaza akan mengobar perjuangan seperti yang dilakukan oleh Umar al-Abad dalam membunuh tiga orang pendatang Yahudi Jumaat lalu.

Jadon Livi dalam tulisan beliau di akhbar Haaretz hari ini menyebut, semua orang Yahudi yang berakal seharusnya memahami wasiat yang ditulis oleh Umar al-Abad sebelum melakukan serangan di kawasan penempatan haram Halimish itu. Menurut beliau, apa yang berlaku adalah satu masalah pengkhianatan akidah. “Ketika kita mempercayai bahawa pintu elektrik [untuk mengesan logam], perobohan rumah dan penangkapan akan mengentikan tindakan penduduk Palestin di masa hadapan, pengkhianatannya adalah kita masih mengubur kepala-kepala kita dengan pasir [menutup mata dari kebenaran dan punca masalah],” tulis beliau.

Tambah Livi lagi, “Apa yang dilakukan oleh Umar memang suatu yang terkutuk. Tetapi setiap orang Yahudi harus faham bahawa setiap penduduk Tebing Barat berpotensi menjadi seperti Umar al-Abad. Gaza juga akan menyusul langkah Umar ini. Umar menulis dalam wasiatnya bahawa sungguhpun beliau berumur kurang dari 20 tahun, namun mempunyai impian untuk membunuh para pemuda dan wanita Yahudi tanpa rasa berdosa.”

“Apa yang boleh kita katakan kepada Umar? Seorang pemuda yang mengatakan, saya pergi untuk melakukan operasi membunuh pendatang Yahudi kerana mereka menodai Masjid al-Aqsa, saya berbut demikian kerana Allah,” soal Livi. “Bagaimana mungkin kita merubah alasan Umar itu? Bagaimana caranya kita meyakinkan pemuda ini, yang sudah tidak punya masa depan dalam hidupnya? Kerana permasalahan yang dihadapi oleh masyarakatnya secara tidak adil.”

Livi berpendapat bahawa keadaan di Tebing Barat dan Gaza sangat memilukan. Keadaan ini akan menyebabkan setiap orang Yahudi tidak dapat nyenyak tidur, kerana setiap pemuda Palestin akan tiba-tiba berada di hadapannya dan tidak ada yang mampu menghentikannya, sekalipun Benjamin Netanyahu.

Kata beliau lagi, “Tentera Zionis telah menyerbu rumah Umar dan menangkap saudara kandung beliau. Soalannya, apakan tindakan tersebut akan dapat menghentikan setiap pemuda Palestin yang berimpian seperti umar? Jawapannya tentu tidak. Jadi kenapa kita masih melakukan tindakan yang mendorong semua penduduk Tebing Barat dan Gaza melakukan perkara yang serupa?”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts