Polis Zionis roboh perkampungan al-Araqeeb kali ke-117

GURUN NAQAB, 23 Ogos 2017 — Pasukan polis rusuhan lengkap bersenjata menyerbu masuk dan memusnahkan semua struktur binaan perkampungan Badwi di al-Araqeeb di wilayah Gurun Naqab, buat kali ke-117 sejak tahun 2010.

Perkampungan tersebut kali terakhir dimunahkan awal bulan Ogos lalu, namun penduduk kembali ke tanah mereka itu dan membina semula kemah serta rumah-rumah sementara.

Semalam, Mahkamah Majistret Zionis di Beersheba menjatuhkan hukuman denda sebanyak 262,000 shekel (RM314,000) bagi kos perobohan serta 100,000 shekel (RM120,000) untuk yuran guaman ke atas empat penduduk perkampungan al-Araqeeb yang diroboh rumah mereka bulan Ogos lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts