7 syuhada Gaza selamat dikebumi

GAZA, 31 Okt 2017 — Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi tujuh syuhada mangsa serangan tentera Zionis dari Hospital Syuhada al-Aqsa di Deir Balah dan Hospital an-Nassr di Khan Younis, menuju ke rumah-rumah mereka di tengah dan selatan Gaza, untuk dikebumikan.

Dalam ucapan mereka di majlis pengkebumian, peminpin-pemimpin Gaza termasuk Ismail Haneyya berikrar akan mempercepat proses perdamaian di kalangan faksi politik bagi menamatkan sekatan ke atas Gaza, sebagai respon terbaik terhadap jenayah Zionis itu. Mereka akan bertindak balas terhadap serangan tentera Zionis itu pada masa yang tepat.

Tujuh pejuang Palestin meninggal dunia apabila tentera udara Zionis menyerang sebuah terowong di Deir Balah semalam. Mereka adalah Mesbah Shubair dan Mohammed El-Agha dari Briged al-Qassam, iaitu sayap tentera Hamas, serta Arafat Abu Mershed, Hassan Hassanien, Omar El-Faliet, Ahmed Abu Armana, dan Jihad Smiry, dari Briged al-Quds, sayap tentera Jihad Islami.

Seramai 13 yang lain cedera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts