BEIT LAHM, 18 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap 19 penduduk Palestin, termasuk empat orang kanak-kanak, dalam serbuan ke beberapa kawasan di wilayah Tebing Barat malam tadi.
Kenyataan Persatuan Tahanan Palestin (PPC) menyebut bahawa lima orang termasuk seorang kanak-kanak ditangkap dari Ramallah, manakala seorang lagi kanak-kanak ditangkap di daerah al-Quds.
Manakala di sekitar utara Tebing Barat, empat penduduk termasuk dua kanak-kanak ditangkap di Qalqiliya, dua dari Tulkarem, seorang dari Nablus dan seorang lagi dari Jenin.
Di selatan Tebing Barat, empat orang ditangkap dari al-Khalil dan seorang lagi dari Beit Lahm.
Pihak tentera mendakwa mereka turut merampas wang tunai dan senjata.
(Maan)